ASFON Negeri Sembilan

ASFON N.Sembilan telah bergiat di Negeri Sembilan sejak penubuhannya dirasmikan pada 15hb Januari 1984. Ianya wujud untuk mengumpulkan peminat-peminat fotografi bagi memudahkan ahli-ahli bertukar-tukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman fotografi. Disamping itu, ASFON N.S bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kewibawaan ahli-ahli dari aspek teori dan praktikal.

ASFON mengadakan kursus, ceramah, bengkel, pertandingan fotografi serta lawatan sambil belajar dan "Photographic Outing" untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli. Selain dari itu ASFON juga mengadakan beberapa kegiatan seperti JElajah Malaysia, Foto Safari dan lain-lain lagi.

ASFON N.S bukan sahaja dikenali di Negeri Sembilan, malah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan juga di beberapa Kementerian. ASFON N.S dijemput untuk mengadakan Kursus Fotografi dan menganjurkan pertandingan dan pameran di serata tempat.
Sehingga kini seramai 143 orang telah menjadi ahli ASFON N.S.

PEGAWAI DAN AJK ASFON 2009-2011

  • Penaung: YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad bin Hj Hassan
  • Penasihat 1: Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
  • Penasihat 2: Y. Bhg Dato' Hj Ishak bin Ismail
  • Yang Di Pertua: Tuan Hj Abdul Khalil bin Abdul Rahim
  • Naib Yang Dipertua: Tuan Hj Mohd Ariffin bin Bakar
  • Setiausaha : Tuan Hj Abdul Latif bin Hj Ghonah
  • Bendahari : En Zahari bin Zakaria
  • Pegawai Penerangan : En. Mohd Nazim bin Abdul Rahman
  • Ahli Jawatan Kuasa:
  • 1. Cik Latifah bt Idin
  • 2. En Nor Azli bin Mohd Yusof
  • 3. En. Mohd Faizal bin Mohd Sharif
  • 4. Norazimah bt Mustapha Kamal
  • 5. Tuan Syed Ariff bin Syed Loed
  • 6. En. Shaharuddin bin Hj Mohd Shariff
  • Pemeriksa Kira-Kira :
  • 1. En. Zulkefli Amin bin Jaafar
  • 2. En. Mohd Salleh bin Misdi

29 October 2008

Info Produk (Kamera Digital)


Sony A200 D-SLR
Kamera digital D-SLR terbaru Sony ini menawarkan resolusi 10.8 Megapiksel, enjin pemproses imej BIONZ dan ISO tinggi sehingga 3200 untuk rakaman foto lebih tepat dan terperinci meskipun pada cahaya rendah. Ia turut dibina dengan penstabil imej Super SteadyShot bagi mengurangkan kekaburan akibat gegaran tangan dan gabungan dengan ciri lain seperti D-Range Optimizer, sistem perlindungan anti-habuk, auto fokus 9 titik ketepatan tinggi dan bateri tahan lebih lama sehingga 750 rakaman sekali cas, memberi kelebihan kamera kelas permulaan ini.

Monitor LCD 2.7 incinya pula memastikan paparan lebih jelas terutama untuk sudut lebar dan ketika memain semula, manakala Viewfinder Optikal menyediakan 95% lebih liputan dan 0.83x pembesaran pada skrin. Bagi pengguna yang baru berkecimpung dalam dunia D-SLR akan berpuas hati dengan fungsi Gaya Kreatif yang membolehkan pengguna memilih 8 mod sedia set untuk memudahkan rakaman, kelajuan rakaman 3fps dan perisian-perisian yang didatangkan bersama kamera ini. A200 juga serasi TV definisi tinggi.

*Spec: 10.8MP/Enjin BIONZ. Lensa Alpha Sony/Minolta/Konica Minolta AF. LCD 2.7” TFT 230k. Saiz Imej 3872x2592/ 2896x1936/1920x1280. ISO Auto/100-3200. Shutter 30-1/4000s. 7 Mod Flash/5 Mod Fokus/ 6 Mod Rakaman/6 Mod Latar/ 40 Mod Permeteran/ 8 Mod Warna. Kelajuan 3fps-6fps (RAW)/ 3fps (RAW+JPEG)/3fps (JPEG). Sistem Syif CCD /Super SteadyShot/Anti-Gegaran/Saduran Anti-Habuk. Paparan DOF/Viewfinder. Video Out NTSC/PAL/USB 2.0/ DC-IN/ Terminal Kawalan Jauh. Memori CF Type I/II/ Sokongan FAT 16/FAT 32. Bateri NP-FM500H Lithium Ion. Saiz 131x98.5x71mm/Berat 532g.

**Sumber dari Majallah PC

No comments: