ASFON Negeri Sembilan

ASFON N.Sembilan telah bergiat di Negeri Sembilan sejak penubuhannya dirasmikan pada 15hb Januari 1984. Ianya wujud untuk mengumpulkan peminat-peminat fotografi bagi memudahkan ahli-ahli bertukar-tukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman fotografi. Disamping itu, ASFON N.S bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kewibawaan ahli-ahli dari aspek teori dan praktikal.

ASFON mengadakan kursus, ceramah, bengkel, pertandingan fotografi serta lawatan sambil belajar dan "Photographic Outing" untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli. Selain dari itu ASFON juga mengadakan beberapa kegiatan seperti JElajah Malaysia, Foto Safari dan lain-lain lagi.

ASFON N.S bukan sahaja dikenali di Negeri Sembilan, malah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan juga di beberapa Kementerian. ASFON N.S dijemput untuk mengadakan Kursus Fotografi dan menganjurkan pertandingan dan pameran di serata tempat.
Sehingga kini seramai 143 orang telah menjadi ahli ASFON N.S.

PEGAWAI DAN AJK ASFON 2009-2011

  • Penaung: YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad bin Hj Hassan
  • Penasihat 1: Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
  • Penasihat 2: Y. Bhg Dato' Hj Ishak bin Ismail
  • Yang Di Pertua: Tuan Hj Abdul Khalil bin Abdul Rahim
  • Naib Yang Dipertua: Tuan Hj Mohd Ariffin bin Bakar
  • Setiausaha : Tuan Hj Abdul Latif bin Hj Ghonah
  • Bendahari : En Zahari bin Zakaria
  • Pegawai Penerangan : En. Mohd Nazim bin Abdul Rahman
  • Ahli Jawatan Kuasa:
  • 1. Cik Latifah bt Idin
  • 2. En Nor Azli bin Mohd Yusof
  • 3. En. Mohd Faizal bin Mohd Sharif
  • 4. Norazimah bt Mustapha Kamal
  • 5. Tuan Syed Ariff bin Syed Loed
  • 6. En. Shaharuddin bin Hj Mohd Shariff
  • Pemeriksa Kira-Kira :
  • 1. En. Zulkefli Amin bin Jaafar
  • 2. En. Mohd Salleh bin Misdi

13 November 2009

KURSUS FOTOGRAFI DI PORT DICKSON

0 comments
Kursus Fotografi di Golden Straits Villa dari 30hb Oktober 2009 hingga 1hb November 2009 telah berjaya di jalankan.Gambar dan laporan akan di masukkan di sini nanti... Diharap mendapat kerjasama kepada sesiapa yang mempunyai gambar semasa kursus ini untuk menghantarnya kepada admin asfon untuk di masukkan ke dalam blog ini... Email gambar ke asfon.ns@gmail.com. T.Kasih.

23 August 2009

P.Dickson Outing 22 Aug 2009 - Photos by Faizal Sharif

0 comments


Group photo outing to P.Dickson











Budak cina darjah 5 ni bijak dan fasih B.Malaysia walaupun bersekolah cina di Pengkalan Kempas, N.Sembilan. Beliau sedang memancing udang di jeti Sungai Linggi









Budak2 Kafa sedang berehat selepas mengaji Al-Quran di masjid tua di pekan P.Dickson.







"Satu Malaysia" itulah kata2 beliau yang sudah berusia 79 tahun namun beliau masih kuat membuat kerja nelayan di Balai Kuala Lukut N.Sembilan.

21 August 2009

Foto-foto sekitar Pasar Besar Seremban - Foto-foto dari Faizal Sharif

0 comments



20 August 2009

Hand Phone Al-Quran

0 comments


Telefon bimbit Al-Quran
MyIman D818
Bacaan 30 juzuk
Paparan teks bewarna seiring bacaan
terjemahan Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia dll
11 kitab hadith matan
terjemahan sahih muslim (indonesia)
terjemahan Al-Bayan (Bahasa Malaysia)
Tafsiran Al Jalalain (Arab, Inggeris & Indonesia)
Waktu Solat, Azan dan kiblat

Ciri Telefon:
Dual Band GSM 900, DCS 1800
2 kad sim aktif, SMS, MMS, GPRS dan Internet
skrin sentuh 2.2" TFT LCD, 262K warna
Kamera 1.3Mpixel & Perakam Radio
Memori Eksternal T-Flash 2GB
MP3, MP4, Radio FM dan Blootooth

11 August 2009

Taklimat Khas untuk projek Buku Bergambar N.Sembilan - Foto-foto dari Faizal Sharif

0 comments


Jalan Bukit Putus (ke Kuala Pilah) - Foto-foto dari Faizal Sharif

0 comments




Pengusaha kecilan atap nipah di Kuala Pilah - Foto-foto dari Faizal Sharif

0 comments



Dalam perjalanan saya dan nazim ke Kuala Pilah terserempak pakcik tua tengah berbongkok membuat sesuatu. Nazim berhenti kan kereta untuk merakamkan sesuatu yang dah lama kami tidak lihat iaitu pembuatan atap nipah. Pakcik Daud atau lebih dikenali Dukun Daud berumur lebih kurang 85 tahun (seperti papan tanda dihadapan rumahnya) tinggal berseorangan dirumah usang tersebut sedang membuat atap nipah yang dijualnya RM7 sekeping.
Dilihat beliau begitu mahir sekali dgn kerja2 beliau. Hampir 1 jam kami melihat dan berbual2 dengannya sambil saya dan nazim merakamkan foto2 dari pelbagai sudut.

05 August 2009

Stesen Keretapi Bahau - Foto-foto dari Faizal Sharif

0 comments












Alhamdulilah dapat saya satu lagi koleksi stesen keretapi yang lama tapi masih digunakan iaitu di Bahau.



Tak sampai 5 minit saya sampai keretapi dari pantai timur tiba untuk arah ke selatan melalui Gemas.

Mungkin lepas ini saya akan jelajah ke Gemas pulak..

29 July 2009

JAMUAN TENGAHARI BERSAMA DATO' SERI UTAMA DR RAIS YATIM (Foto-foto dari Faizal Sharif)

0 comments




































Gambar kenang-kenangan bersama Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Setiausaha Politik, En Mesran Mat Yusop (Pegawai tugas-tugas khas) dan AJK ASFON.NS


















































































































Penyerahan cek dan tugasan (iaitu penerbitan buku bergambar 1Malaysia) kepada ASFON.NS

22 July 2009

Penoreh

0 comments

Foto ini saya rakam semasa saya ke kebun keluarga saya di Senama Hulu, Rembau. Saya sampai sana lebih kurang pukul 5 ptg dan saya melihat sepasang suami isteri India Muslim sedang memulakan kerja mereka menoreh getah. Hampir 35 tahun saya tak pernah tengok orang menoreh. Saya berbual2 dgn mereka hampir 1 jam bertanya tentang kehidupan. Si suami telah mula menoreh sejak berumur 7 tahun dan sekarang ia telah berumur hampir 46. Begitu seronok dan begitu peramah sekali beliau bila berbual dan mengambil foto dengannya.


Foto dari Faizal Sharif

Stesen Keretapi

0 comments









Stesen Keretapi Seremban













Stesen Keretapi Seremban














Stesen Keretapi Rembau yang hanya tinggal kenangan.

Tempat ini menjadi kenangan saya dengan Nazim di mana semasa kecil. Kami patang kalau cuti sekolah mesti balik kampung di Rembau. Kami berjalan mengikuti rel keretapi dari kampung kami di Senama hingga ke pekan Rembau.




Fotograf dari Faizal Sharif

21 July 2009

Alert... Tsunami Prediction!

0 comments

There is a prediction that there will be another tsunami or earthquake hitting on July 22nd. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going 2 be really bad and countries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Si Lanka, India, Indonesia , Philippines are going 2 be badly hit. Please try and stay away from the beaches in July. Better 2 be safe than sorry. Please pass the word around. Please also pray for all beings.

Please click on TITLE for full info..

19 July 2009

1Malaysia pictorial book to be published

0 comments
1Malaysia pictorial book to be published

Klik di tajuk untuk berita penuh

Lagi berita tentang Majlis Penyampaian Hadiah Pertandangan Fotografi

0 comments
Berita dari BERNAMA.

Klik di tajuk untuk berita penuh.

Lagi berita tentang Majlis Penyampaian Hadiah Pertandangan Fotografi

0 comments
Raja Mokhzairi, who walked away with RM 1,000, captured the judges’ hearts with his stunning photography of two kids playing the congkak. The competition took place at the State Muzium on 29 March was held in conjunction with Angkatan Seni Foto Negeri Sembilan’s (ASFON) 25th anniversary

Klik di Tajuk untuk ke berita penuh....

16 July 2009

Teknik Makro

0 comments




Beberapa gambar dari YDP ASFON N.S... Teknik Makro.

Weather Outlook for Port Dickson

0 comments
Saturday, 18/07/2009

Whole Day
Morning : No rain
Afternoon : No rain
Night : No rain
Minimum : 24 °C
Maximum : 32 °C

So guys.... enjoy your photography session in Port Dickson...
source: Malaysian Meteorological department

15 July 2009

Aksi burung dan anak-anaknya

0 comments



Gambar-gambar aksi burung ini di rakam oleh Tuan Hj A.Khalil, YDP ASFON N.S. Burung ini bersarang di hadapan rumah beliau.

Photography Outing ke Port DIckson

0 comments
Outing ke Port Dickson akan di adakan pada hari Sabtu, 18hb Julai 2009. Sesiapa yang berminat sila hubungi En Nazim. Tunggu kat Petronas Batu 4, pukul 9.00 pagi.

Keratan Akhbar Utusan Malaysia 11 Julai 2009

0 comments



14 July 2009

Keratan Akhbar Harian Metro 11 Julai 2009

0 comments

Keratan Akhbar SINAR 11 Julai 2009

0 comments

11 July 2009

Cara pemilihan pemenang Pertandingan Fotografi Permainan Tradisional ASFON.NS pada 18 April 2009

0 comments





Terdapat 3 juri perhakiman yang terdiri dari pensyarah fotografi dari Universiti Lim Kok Wing, IKBN (Pertak), dan bekas Juru Foto dari New Strait Times

Penyampaian Hadiah Fotografi Pertandingan Fotografi Permainan Tradisional anjuran ASFON, NS 10 July 2009

0 comments
Gambar-gambar sekitar penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Permainan Tradisional anjuran ASFON.NS dan Sambutan Ulang Tahun ke25 ASFON.NS ditubuhkan di Taman Seni Seremban pada 10 Julai 2009.





























10 July 2009

ALHAMDULILLAH....

0 comments


Majlis Penyampaian Hadiah telah berjalan dengan jayanya dan gemilangnya. Terima kasih kepada Y.B Dato Seri Utama Dr Rais Yatim yang telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang. Terima kasih juga kepada semua tetamu yang hadir.

SENARAI NAMA PEMENANG (KATEGORI TERBUKA)

0 comments
PERTAMA : ZULFADLI BIN ZULKEFLI (IKBN PERETAK)
KEDUA : HASNOL HADY BIN HAMDAN (TG MALIM PERAK)
KETIGA : RAJA MOKHZAIRI BIN R. FAUZI (UNIVERSITI LIM KOK WING)
KEEMPAT : ABDUL RAZAK BIN YAAKOB (SIMPANG PULAI PERAK)
SAGUHATI
- MOHAMAD IZZUDDUN BIN AHMAD SHAH (TMN SEREMBAN JAYA SEREMBAN N.S)
- WONG WAI MING (TMN PAROI JAYA SEREMBAN N.S)
- MAZUIN BTE MOHAMAD (SHAH ALAM SELANGOR)
- KAMARUL RIZAM BIN KAMARUDDIN (SERI KEMBANGAN SELANGOR)
- ASROKIN BIN SANUJI (TMN SERI PULAI SEREMBAN, N.S)
- MOHD KAMAL BIN AHMAD (BANDAR BARU BANGI)

Senarai Nama Pemenang (Kategori Pelajar)

0 comments
PERTAMA: MOHAMMAD AQMAL BIN MOHAMMAD FAIZAL (SMK ALAM MEGAH SHAH ALAM)
KEDUA : MARSHA BT MOHAMMAD FAIZAL (SMK ALAM MEGAH SHAH ALAM)
KETIGA : Nurul Syaheeda Najwa bt Mohamed Yusof (SMK SEREMBAN JAYA)
SAGUHATI:
- CHAN KIEN HUNG (SMK BUKIT MEWAH SEREMBAN)
- Mohammad Aminuddin bin Ahmad Shah (SMK SEREMBAN JAYA)
- Zainul Ariffin bin Kamaruddin.(SMK SEREMBAN JAYA)
- AMIR FIKRI BIN ZAWAWI (SMK SERI AMPANGAN)
- MOHD NOR FIRDAUS BIN SHAARI (SMK DATO' SEDIA RAJA REMBAU)

22 June 2009

Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi

1 comments
ASFON N.S akan mengadakan Majlis Penyampaian Hadiah " Pertandingan Fotografi Pemainan Tradisional Negeri Sembilan" sempena ulangtahun ke 25 ASFON N.S. Acara ini akan berlangsung pada 10hb Julai 2009(Jumaat) bermula pukul 9:30 pagi di Kompleks Budaya Negeri Sembilan.

Penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh YAB Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Aturcara majlis

9:00 pagi: Ketibaan Para Jemputan
9:30 pagi: Ketibaan Y.B. DATO' SERI UTAMA DR. RAIS YATIM, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
10:00 pagi: Melawat Pameran Fotografi (Pemenang & Karya Ahli)
10:15 pagi: Nyayian Negara Ku
: Doa Selamat oleh Y. Bhg Dato’ Hj Mohamad bin Salleh, Imam Masjid Sungai Landak , Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
: Ucapan Alu-aluan oleh Pengerusi ASFON N.S, Tuan Hj A.Khalil bin A.Rahim.
: Selingan – Pesembahan Tarian/Nyayian
: Ucaptama Y.B Dato’ Seri Utama Dr.Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,
: Penyampaian Hadiah Pemenang Pertandingan Fotografi “Permaian Tradisional Negeri Sembilan”
Jamuan Pagi
Bersurai

Kami ingin menjemput Ahli-Ahli ASFON N.S untuk hadir ke majlis tersebut di atas.

15 May 2009

Sila "confirm" penyertaan anda...

0 comments
Hai geng....

Hari ni dah 15hb Mei...
31hb Mei ada program Jelajah Daerah Jelebu....
7hb Jun - Photo outing ke Hutan Rekreasi MPS
11-13hb Jun - Kembara ke Banding....

Cepat "confirm" kan penyertaan anda......

12 May 2009

just a try

1 comments

05 May 2009

KURSUS FOTOGRAFI DI BANDING PERAK.

0 comments
Satu kursus fotografi akan di adakan di Pulau Tali Kail Banding Perak pada 11hb -13hb Jun 2009. Bayaran kursus adalah RM300 sahaja. Pakej ini termasuk:-
1. Tambang dari Seremban ke Banding (Pergi/Balik)
2. Tambang bot dari Banding ke Pulau Tali Kail (Pergi/Balik)
3. Tambang Bot Lawatan sekitar Pulau Tali Kail
4. Penginapan
5. Makan dan Minum ( 6 x sehari)
6. Sewa Cadar.

Tarikh tutup penyertaan: 20hb Mei 2009 dengan menyertakan deposit RM100.
Baki hendaklah dijelaskan pada 11hb Jun 2009.
Tempat terhad kepada 20 peserta sahaja.
Pembatalan akan hilang wang deposit.

Untuk penyertaan sila emel, suara anda atau hubungi terus YDP Tuan Hj A. Khalil (012-6368937) atau S/Usaha Tuan Hj A. Latif bin Hj Ghonah (013-3547728)

Cadangan Aturcara:
11hb Jun 2009 (Khamis)

7:00 am : Berlepas dari Seremban
3:00 pm : Tiba di Banding dan naik bot ke Pulai Tali Kail
9:00 pm : Asas Fotografi (Ulangkaji)

12hb Jun 2009 (Jumaat)

8:30 am : Teknik gambar makro, landskap
11:00am : Parktikal mengikuti kumpulan
2:00 pm : Lawatan ke Kampung Orang Asli denga bot. Pengambaran pemandangan, flora dan lain-lain.
9:00 pm : Perbincangan dan tinjau hasil gambar

13hb Jun 2009 (Sabtu)
8:30 am : Asas Fotografi Digital
11:00am : Menaiki bot balik ke Jeti Banding.

AKTIVITI TERKINI

0 comments
7hb Jun 2009 - Photography Outing akan diadakan di Hutan Rekreasi Majlis Perbandaran Seremban 8pagi-12tgh.Anda akan belajar teknik mengambil gambar makro, landskap,flora dan lain-lain. Setelah gambar diambil satu post-motem/ulasan ke atas gambar diambil akan di adakan.

Untuk mereka yang berminat sila hubungi Yang Dipertua Tuan Hj A Khalil A Rahim (012-6368937), email atau post di SUARA ANDA --->

AKTIVITI TERKINI

0 comments
JEJAK WARISAN yang pertama akan di adakan pada 31hb Mei 2009. Lokasi Jejak Warisan untuk bulan ini adalah ke daerah Jelebu. Antara tempat yang akan dikunjungi adalah Bukit Peringatan Inggeris, Masjid Lama Kuala Dulang, Makam Moyang Salleh dan Balai Undang Luak Jelebu. Kepada yang beminat sila beri nama, no tel dalam SUARA ANDA , atau hantar email ke asfon.ns@gmail.com.

29 April 2009

PEGAWAI DAN AJK ASFON 2009-2011

0 comments
Mesyuarat Agung ASFON N.S telah pun berlalu dengan jayanya.
Keputusan Perlantikan Pegawai dan AJK ASFON 2009-2011 adalah seperti berikut:-

Yang DiPertua : Tuan Hj Khalil bin A.Rahim
Naib YDP : Tuan Hj Mohd Ariffin bin Bakar
AJK : En Mohd Nazim bin Abdul Rahman
Cik Latifah binti Idin
En Nor Azli bin Yusof
En Mohd Faizal bin Sharif
Puan Norazimah binti Mustapha Kamal
Tuan Syed Arif bin Syed Loed

Pemeriksa Kira-Kira : En Zulkefli Amin bin Jaafar
En Salleh bin Misdi

Tuan YDP akan melantik S/Usaha, Bendahari, Pegawai Penerangan dan 2 lagi AJK Tambahan di mesyuarat AJK yang pertama akan datang.

Tahniah di ucapkan kepada Pegawai yang dilantik!

13 April 2009

Mesyuarat Agung Tahunan ASFON N.S

0 comments
Kepada Semua Ahli ASFON N.S,

Dengan hormatnya tuan/puan dijemput hadir ke mesyuarat agung pada hari Sabtu, 18hb April 2009 bermula jam 11:00 pagi betempat di Dewan Terbuka, Taman Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Sembilan, Jalan Sungai Ujong, Seremban.

Aturcara:
8:00 pagi : Pendaftaran Ahli
9:00 pagi : Sembang sembang fotografi bersama Tuan Haji Hamzah Humin
11:00 pagi: Mesyuarat Agung dimulakan
1:00 ptg : Jamuan Makan Tengahari
2:00 ptg : Penghakiman Foto-Foto Pertandingan Foto Permaianan Tradisional

Keperihatinan tuan/puan menunaikan tanggung jawab menghadiri mesyuarat ini sangat-sangat dihargai.

29 March 2009

TAHNIAH ASFON N.S!

0 comments


Pertandingan Fotografi dan Sukan Tradisional sempena Ulangtahun ke 25 ASFON NS telah berjalan dengan lancar dan berjayanya hari ini bertempat di Perkarangan Muzium Negeri Sembilan bermula dari pukul 7:30 pagi hingga 1:30 ptg.

Seramai lebih dari 200 kehadiran para peserta dari berbagai jabatan, Sekolah, Persatuan dan juga pihak individu datang untuk menyertai Pertandingan Fotografi dan juga mengambil bahagian dalam pertandingan sukan tradisional seperti Tarik Upih, Kukur Kelapa, Anyam Ketupat, Boling Kelapa dan Acara Semakin Jauh Semakin Sayang.

Selari dengan Ulangtahun ASFON NS yang ke 25 ini, Negeri Sembilan julung-julung kali menyaksikan himpunan 180 orang jurugambar dengan ghairah merakamkan acara-acara permainan tradisional dan Sukan Rakyat sebagai bahan Pertandingan Fotografi. Ini merupakan satu sejarah yang ditempa di mana bilangan jurugambar yang begitu ramai berhimpun di Perkarangan Muzium Negeri. Hadiah Pertandingan Fotografi adalah sumbangan Jabatan Warisan Negera.

Selain dari pertandingan, berbagai Permainan Tradisional di pertunjukkan. Antara Permainan di dipertunjukkan adalah congkak, sepak raga bulatan, tating lawi, galah panjang, Batu Seremban, Dam Melayu, Laga Ayam, Pukul Goppong, Ketenteng, Katok Keli dan Gunjai. Sekali gus Permainan-permainan ini mencetuskan kesedaran kepada generasi muda tentang warga masyarakat kampung waktu silam mengisi masa lapang selepas mengerjakan tugasan harian. Diharap acara-acara berikut akan di amalkan sebagai cara tahunan ASFON NS.

Sambutan yang amat memberangsangkan diberikan oleh para-para jurugambar dalam merakamkan detik-detik permaian yang sedang di jalankan..... Terima kasih Semua!

Sekalung Penghargaan juga diucapkan kapada rakan-rakan dari ASFON Perak, ASFON Melaka yang datang ke Negeri Sembilan semata-mata ingin meraikan Ulang Tahun ke 25 ASFON NS dan juga mengambil bahagian dalam mengambil foto sepanjang pertandingan dan Demotrasi Permainan Tradisional dijalankan.

Terima kasih juga diucapkan kepada pada pelajar IKBN Peretak yang datang satu bas... tahniah di ucapkan...

Kepada guru-guru pengiring dari sekolah-sekolah menengah di sekitar Seremban juga diucapkan terima kasih kerana membawa pelajar-pelajar dari Kelab Fotografi Sekolah.

Kepada semua urusetia, PEWARIS, Majlis Perbandaran Seremban,Jabatan Kebudayaan dan Kesenian N.S, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, terutama kepada Jabatan Warisan Negara terima kasih daun keladi....

Kepada Individu tang terlibat sacara langsung atau tidak langsung Sekalung Pengharagaan juga diucapkan,

SEKIAN...... SELAMAT MENYAMBUT JUBLI PERAK ASFON N.S...........

15 March 2009

Pertandingan Fotografi

0 comments
Sempena sambutan ASFON N.S yang ke 25 tahun, satu PERTANDINGAN FOTOGRAFI bertajuk " Permainan Tradisional Negeri Sembilan" akan di adakan pada 29hb MAC 2009 bertempat di PERKARANGAN MUZIUM NEGERI JALAN SUNGAI UJONG, SEREMBAN, N.S bermula jam 8:30pagi hingga 1:00 petang. Para peserta cuma perlu datang pada hari tersebut untuk mengambil gambar pada sudut yang menarik sepanjang acara yang dijalankan. (29Mac 2009). Setiap peserta boleh menghantar 5 keping bersaiz 8R sahaja. Tarikh tutup untuk menghantar foto-foto anda sebelum 15hb APRIL 2009.

Hadiah-Hadiah

KATEGORI PELAJAR

PERTAMA : RM700 + SIJIL
KEDUA : RM500 + SIJIL
KETIGA : RM300 + SIJIL
SAGUHATI: 5 X RM100 SEORANG

KATEGORI TERBUKA

PERTAMA : RM2000 + PLAK + SIJIL
KEDUA : RM1500 + PLAK + SIJIL
KETIGA : RM1000 + PLAK + SIJIL
SAGUHATI: 6 X RM200 SEORANG

Borang boleh didapati daripada mana-mana AJK atau berhubung terus dengan YDP Tuan Hj A.Khalil (012-636 8937) atau Setiausaha Tuan Hj Abd Latif (013-354 7728)

Pertandingan ini adalah anjuran ASFON N.S dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan, Jabatan Warisan Negera, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negera N.S, Lembaga Muzium Negeri, N.S dan PEWARIS N.S.

PORT DICKSON

0 comments
Biru gunakan penapis PL (C)

09 March 2009

ASFON NS KE TAMAN NEGARA

0 comments












MESYUARAT AJK ASFON NS

0 comments




DEWA ROCK MELAYU

0 comments

BUKIT KELULUT JEMPOL

0 comments

SUDIP

0 comments

IKAN MASIN

0 comments

KAMPUNG NELAYAN,MARANG

0 comments

ASFON N.S (ANGKATAN SENIFOTO NEGERI, NEGERI SEMBILAN): ASFON N.S (ANGKATAN SENIFOTO NEGERI, NEGERI SEMBILAN): AKSI PESERTA KURSUS ASFON

0 comments
ASFON N.S (ANGKATAN SENIFOTO NEGERI, NEGERI SEMBILAN): ASFON N.S (ANGKATAN SENIFOTO NEGERI, NEGERI SEMBILAN): AKSI PESERTA KURSUS ASFON

AKSI PESERTA KURSUS AFON

0 comments

AKSI PESERTA KURSUS ASFON

0 comments

ASFON N.S (ANGKATAN SENIFOTO NEGERI, NEGERI SEMBILAN): AKSI PESERTA KURSUS ASFON

0 comments
ASFON N.S (ANGKATAN SENIFOTO NEGERI, NEGERI SEMBILAN): AKSI PESERTA KURSUS ASFON

AKSI PESERTA KURSUS ASFON

0 comments

AKSI PESERTA KURSUS ASFON

0 comments

AKSI PESERTA KURSUS ASFON

0 comments

AKSI PESERTA KURSUS ASFON

0 comments

AKSI PESERTA KURSUS ASFON

0 comments

AKSI PESERTA KURSUS ASFON

0 comments

Memang hebat

0 comments

MERDEKA

0 comments

DINI

0 comments
Anak tunggal saya dengan gaya tersendiri

PULAU KE TAMPIN

0 comments

PANTAI CENDERING TERENGGANU

0 comments

ASFON NS bersama KEVITON NS outing di Eye On Malaysia Melaka .

0 comments





0 comments

ASFON N.S (ANGKATAN SENIFOTO NEGERI, NEGERI SEMBILAN): Memahami Keperluan Megapixel Kamera

0 comments
ASFON N.S (ANGKATAN SENIFOTO NEGERI, NEGERI SEMBILAN): Memahami Keperluan Megapixel Kamera

26 February 2009

Kursus Asas Fotografi - 1hb Mac 2009

0 comments
ASFON N.S akan menganjurkan kursus ini ditujukan khas kepada ahli-ahli yang baru menjadi ahli. Kursus ini akan di adakan pada 1hb Mac 2009 (Ahad) jam 8:00am hingga 12thari bertempat di Taman Rekreasi Majlis Perbandaran Seremban, Jalan Raja Ali Seremban. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10.00 seorang bagi menampung minuman dan sebagainya. Bayaran boleh dibuat semasa hadir di pagi berkenaan. Kepada ahli yang berminat sila hubungi setiausaha, Tuan Hj Latif di 013-3547728.

AKTIVITI ASFON 2009 - Lawatan/Photographic Outing" ke Taman Negara

0 comments

ASFON N.S telah mengadakan satu Lawatan/Photographic Outing" ke Taman Negara, Pahang
pada 24,25 dan 26 hb Januari 2009. Seramai 30 orang telah menyertai nya.

29 October 2008

Memahami Keperluan Megapixel Kamera

0 comments
Hakikatnya, untuk cetakan gambar digital sehingga bersaiz A4, kita cuma perlukan cuma sehingga 3 megapixel sahaja. Lebih dari itu, ia tidak akan lagi mencantikkan kualiti cetakan. Kualiti cetakan anda tidak terjejas. Tidak akan bertambah cantik. Apatah lagi jika anda cuma 'mencuci' gambar sekadar bersaiz 4R ata 6R, tiada maknanya menggunakan megapixel yang besar.

Apa itu megapixel?

Megapixel secara mudahnya ialah saiz digital sesuatu gambar. Gambar yang diambil oleh kamera digital yg terdiri daripada berjuta2 pixel titik warna. Mudahnya, jika titik itu semakin banyak dalam satu ruangan yang sempit, titik itu akan menjadi lebih kecil. Jika titik itu menjadi lebih kecil, maka sudah tentu kualiti gambar akan lebih halus. Saya tidak mahu menggunakan kaedah yang terlalu teknikal, cukuplah anda faham dengan cara yang mudah: Adakah pen yang bermata besar boleh lukis satu lukisan yang halus? Sudah tentu tidak. Suatu gambar yang halus dan cantik bila titik-titiknya itu sangat halus.

Justeru, jika sampai tahap yang halusnya itu sudah memenuhi ruang, maka ia tidak lagi boleh halus. Kalaupun gambar itu halus, pencetaknya pula tidak mampu untuk mencetak sehalus itu. Masih blur? Mudahnya, cukuplah kamera digital anda bermegapixel 4 megapixel untuk menghasilkan kualiti gambar yang baik. Lebih daripada itu, anda tidak perlu lagi, melainkan anda seorang juru kamera profesional yang memang kerja anda menghasilkan gambar dan diupah beribu2 ringgit. Jangan bazirkan duit kepada perkara yang kita sendiri tidak gunakan. Jangan bazirkan duit dengan beli yang bermegapixel tinggi.Hari ini, majoriti megapixel paling kurang yang dijual dikedai ialah 4 megapixel.

Lensa
Unsur yang kedua yang sangat penting, tetapi sering diabaikan ialah jenis lensa. Tidak pernah orang tanya apak jenis lensa yang digunakan. Lensa yang baik ialah jenis vario tessar, atau leica, ataupun nicors, ataupun lens canon. Setakat ini, Leica yang digunakan oleh Lumix Panasonic antara yang terbaik dan sering mendapat pengiktirafan dunia. Namun begitu, lense Nicor oleh kamera Niccon juga bagus dan tidak pernah dipertikaikan kredibilitinya. Sony Cybershot sekarng ini pun menggunakan lens jenis Vario Tessar Carl Zeiss, yang juga lens yang baik. Namun jika perbandingan dibuat, daripada gambar2 yang diambil dengan cahaya yang sama, setakat ini saya nampak Lens Leica lah yang memberi imej yang baik.

Sensor
Kamera yang baik juga tidak bergantung kepada lensa sahaja, tetapi bergantung kepada sensor cahaya. yang digunakan. Sekarang ini, kebanyakan kamera menggunakan CMOS sensor. Ada juga yang menggunakan CCD lens, namun kedua-duanya tidak banyak perbezaanya.Sensor cahaya membolehkan penetapan kadar pendedahan lens kepada cahaya seperti ISO400, ISO100 dan seumpamanya. Secara mudahnya, jika anda ambil gambar dalam gelap, anda kena guna ISO400 tetapi dalam cerah hanya perlu guna ISO100. Perlu diingatkan juga, jika anda guna ISO400, sebenarnya gambar anda tidak akan menjadi cantik. Akan wujud banyak Noise pada gambar tersebut, akibat kekurangan cahaya. Gambar yang cantik terhasil kerana cahaya yang cukup.

Image Processor
Selain daripada jenis lens dan sensor yang merubah harga sesebuah kamera digital, jenis pemproses imej juga menjadi faktor yang memberikan perubahan pada harga. Semakin canggih pemproses imej, semakin cantiklah imej yang terhasil dan semakin mahal lah harganya. Kalau dulu, kamera menggunakan teknik dedahan cahaya yang masuk melalui lens dan akan terbentuklah imej pada filem. Namun sekarang, sudah tidak ada filem, tetapi menggunakan image processor yang bertindak sebagai 'retina' untuk pengimejan.

Fungsi-fungsi Tambahan
Kamera menjadi mahal kerana fungsi-fungsi tamabahan seperti image stabilizer yang menyerap getaran tangan anda, fungsi penetapan kadar ISO dan fungsi2 automatik lain seperti mengubah kadar cahaya untuk jenis2 gambar tertentu, juga mengubah masa bukaan lens. Semakin banyak fungsi yang digunakan, semakin mahal harganya, dan semakinlah perlu anda pandai guna.

Saiz dan Rekabentuk
Rekabentuk dan saiz menentukan harga. Semakin nipis kemera yang digunakan, semakin mahal lah harga tersebut. Saranan saya, hanya kalau anda ada duit lebih saja beli yang bersaiz nipis. Jika rasa tak nak membazir belilah yang bersaiz biasa sahaja.

** Sumber dari http://www.extro.biz/ terima kasih kepada En. Ahmad Sufyan Che Abdullah
0 comments

NIKON (Malaysia) Sdn Bhd, melancarkan lima kamera digital kompak dari keluarga Coolpix yang mampu memenuhi selera pengguna tempatan melalui model S610, S560, S710, S60 dan P6000.Model S610 memiliki keupayaan kamera dengan resolusi sehingga 10 megapiksel yang diperkasakan lagi dengan empat kali zom optikal.
>Spesifikasi
PRODUK: Coolpix S610
HARGA: RM1,048
RESOLUSI: 10 megapiksel
ZOM OPTIKAL: 4x
PAPARAN: 3.0 inci
STORAN: 45MB (dalaman), kad memori SDISO: 100/200/400/800/1600/3200
BATERI: Li-Ion EN-EL10DIMENSI: 94 x 57 x 22.5cmBERAT: 125g

10 Tip Penjagaan Kamera Digital

0 comments
Berikut merupakan 10 tip penjagaan kamera digital yang oleh anda ikuti atau paling tidak melakukan penjagaan asas untuknya:

1. Beg Kamera Terbaik - Lazimnya kamera digital didatangkan dengan bekas simpanan atau beg kecil untuk kita menyimpan kamera tersebut. Beg ini kadangkala tidak begitu menepati cuaca persekitaran seperti hujan, panas atau untuk anda bawa ketika membuat aktiviti-aktiviti lasak. Oleh itu dapatkan bekas simpanan atau beg kamera terbaik di pasaran yang menawarkan ciri tahan lasak seperti kalis air, tahan impak, kalis habuk dan sebagainya. Ia bukan sahaja boleh melindungi kamera digital anda, malah menjaga peralatannya juga.

2. Gunakan Filter UV - Cara ini baik untuk melindungi lensa kamera digital anda. Gunakan filter seperti Ultra Violet (UV) atau Skylight untuk melindunginya. Lagipun lebih murah untuk mendapatkan Filter berbanding anda perlu membeli lensa baru ia jika rosak.

3. Pelindung LCD - Ini satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh kita semua. Belum sampai seminggu pun kamera digital itu digunakan, skrin LCD sudah bercalar. Kos menggantikannya bukan murah, boleh menelan belanja kira-kira RM200. Oleh itu, ketika membeli kamera digital, pastikan anda turut membeli aksesori tambahan seperti pelindung skrin LCD untuk kamera digital anda. Terdapat pelbagai jenis yang boleh didapati di pasaran seperti jenis plastik, boleh terbuka atau jenis berpelekat.

4. Penjagaan Dalaman - Seperti mana bahagian luaran, bahagian dalaman kamera digital juga perlu dilindungi lebih-lebih lagi ketika anda berada di kawasan lembab atau berhabuk di mana ia mudah memasuki bahagian dalam kamera anda. Selain bekas (casing) khas, idea mudah untuk anda melindungi kamera digital adalah dengan menggunakan beg plastik. Pastikan ia diikat dengan kemas pada kamera digital menggunakan gelah getah atau sebagainya (murah dan praktikal).

5. Bersihkan Tangan - Mak selalu bising pada kita, basuh tangan sebelum makan. Begitu juga dengan kamera digital. Pastikan tangan anda sentiasa bersih untuk mengurangkan risiko lensa kotor, bercalar atau anda mungkin memindahkan kekotoran daripada tangan ke bahagian dalam lensa. Jika anda berada di pantai, pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum menggunakan kamera. Air masin tidak sesuai untuk kamera digital!

** Sumber dari Majalah PC.

Info Produk (Kamera Digital)

0 comments

Sony A200 D-SLR
Kamera digital D-SLR terbaru Sony ini menawarkan resolusi 10.8 Megapiksel, enjin pemproses imej BIONZ dan ISO tinggi sehingga 3200 untuk rakaman foto lebih tepat dan terperinci meskipun pada cahaya rendah. Ia turut dibina dengan penstabil imej Super SteadyShot bagi mengurangkan kekaburan akibat gegaran tangan dan gabungan dengan ciri lain seperti D-Range Optimizer, sistem perlindungan anti-habuk, auto fokus 9 titik ketepatan tinggi dan bateri tahan lebih lama sehingga 750 rakaman sekali cas, memberi kelebihan kamera kelas permulaan ini.

Monitor LCD 2.7 incinya pula memastikan paparan lebih jelas terutama untuk sudut lebar dan ketika memain semula, manakala Viewfinder Optikal menyediakan 95% lebih liputan dan 0.83x pembesaran pada skrin. Bagi pengguna yang baru berkecimpung dalam dunia D-SLR akan berpuas hati dengan fungsi Gaya Kreatif yang membolehkan pengguna memilih 8 mod sedia set untuk memudahkan rakaman, kelajuan rakaman 3fps dan perisian-perisian yang didatangkan bersama kamera ini. A200 juga serasi TV definisi tinggi.

*Spec: 10.8MP/Enjin BIONZ. Lensa Alpha Sony/Minolta/Konica Minolta AF. LCD 2.7” TFT 230k. Saiz Imej 3872x2592/ 2896x1936/1920x1280. ISO Auto/100-3200. Shutter 30-1/4000s. 7 Mod Flash/5 Mod Fokus/ 6 Mod Rakaman/6 Mod Latar/ 40 Mod Permeteran/ 8 Mod Warna. Kelajuan 3fps-6fps (RAW)/ 3fps (RAW+JPEG)/3fps (JPEG). Sistem Syif CCD /Super SteadyShot/Anti-Gegaran/Saduran Anti-Habuk. Paparan DOF/Viewfinder. Video Out NTSC/PAL/USB 2.0/ DC-IN/ Terminal Kawalan Jauh. Memori CF Type I/II/ Sokongan FAT 16/FAT 32. Bateri NP-FM500H Lithium Ion. Saiz 131x98.5x71mm/Berat 532g.

**Sumber dari Majallah PC

19 October 2008

Mesy AJK

0 comments
Mesy Khas AJK dan Jamuan Hari Raya telah di adakan pada 19hb Oktober 2008 di Kediaman Puan Norazimah di Taman Dato Shahbandar. Tujuan mesy untuk membincangkan Sambuatn Jubli Perak yang akan di adakan tidak lama lagi.

23 September 2008

Photography Contest

0 comments
Sunway Memories Photography Contest (1st Sept 2008 - 30th Nov 2008)
Please click http://www.sunway.com.my/photography/

ASFON N.S 25 tahun.......

0 comments
ASFON N.S akan menyambut Ulangtahun ke 25 pada 15hb Januari 2009. Sambutan Ulangtahun akan di adakan pada 17hb Januari 2009 (Sabtu) di Kompleks Kebudayaan Negeri Sembilan. Bebereapa aktiviti akan di adakan di sepanjang dan kemuncaknya adalah "Jamuan Makan Malam"

Aktiviti-Aktiviti yang akan di jaankan adalah seperti berikut:-

1. Solekan Pengantin
2. Gubahan Hantaran Pengantin
3. Anyaman Ketupat
4. Batu Seremban
5. Congkak
6. Sepak Raga Bulatan
7. Pertandingan Karaoke.
8. Pemeriksaan Kesihatan - terbuka kepada semua
9. Pameran Fotografi

Pertandingan terbuka kepada Ahli dan keluarga sahaja.
Ahli Ahli yang berminat untuk menyertai sila hubungi emel asfon.ns@gmail.com

21 September 2008

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa

0 comments
Mesyuarat AJK ASFON N.S telah di ada\kan pada 21hb September 2008 (Ahad) Jam 10:00 pagi di Bilik Msyuarat Kompleks Belia dan Sukan,Paroi N.Sembilan
0 comments
asfon.ns.blog@blogger.com

26 May 2008

Kad Ahli

0 comments
Perhatian kepada semua ahli ASFON N.S.

ASFON NS dalam proses mengemaskini kad keahlian. Sila hubungi Setiausaha.