ASFON Negeri Sembilan

ASFON N.Sembilan telah bergiat di Negeri Sembilan sejak penubuhannya dirasmikan pada 15hb Januari 1984. Ianya wujud untuk mengumpulkan peminat-peminat fotografi bagi memudahkan ahli-ahli bertukar-tukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman fotografi. Disamping itu, ASFON N.S bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kewibawaan ahli-ahli dari aspek teori dan praktikal.

ASFON mengadakan kursus, ceramah, bengkel, pertandingan fotografi serta lawatan sambil belajar dan "Photographic Outing" untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli. Selain dari itu ASFON juga mengadakan beberapa kegiatan seperti JElajah Malaysia, Foto Safari dan lain-lain lagi.

ASFON N.S bukan sahaja dikenali di Negeri Sembilan, malah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan juga di beberapa Kementerian. ASFON N.S dijemput untuk mengadakan Kursus Fotografi dan menganjurkan pertandingan dan pameran di serata tempat.
Sehingga kini seramai 143 orang telah menjadi ahli ASFON N.S.

PEGAWAI DAN AJK ASFON 2009-2011

  • Penaung: YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad bin Hj Hassan
  • Penasihat 1: Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
  • Penasihat 2: Y. Bhg Dato' Hj Ishak bin Ismail
  • Yang Di Pertua: Tuan Hj Abdul Khalil bin Abdul Rahim
  • Naib Yang Dipertua: Tuan Hj Mohd Ariffin bin Bakar
  • Setiausaha : Tuan Hj Abdul Latif bin Hj Ghonah
  • Bendahari : En Zahari bin Zakaria
  • Pegawai Penerangan : En. Mohd Nazim bin Abdul Rahman
  • Ahli Jawatan Kuasa:
  • 1. Cik Latifah bt Idin
  • 2. En Nor Azli bin Mohd Yusof
  • 3. En. Mohd Faizal bin Mohd Sharif
  • 4. Norazimah bt Mustapha Kamal
  • 5. Tuan Syed Ariff bin Syed Loed
  • 6. En. Shaharuddin bin Hj Mohd Shariff
  • Pemeriksa Kira-Kira :
  • 1. En. Zulkefli Amin bin Jaafar
  • 2. En. Mohd Salleh bin Misdi

29 October 2008

10 Tip Penjagaan Kamera Digital

Berikut merupakan 10 tip penjagaan kamera digital yang oleh anda ikuti atau paling tidak melakukan penjagaan asas untuknya:

1. Beg Kamera Terbaik - Lazimnya kamera digital didatangkan dengan bekas simpanan atau beg kecil untuk kita menyimpan kamera tersebut. Beg ini kadangkala tidak begitu menepati cuaca persekitaran seperti hujan, panas atau untuk anda bawa ketika membuat aktiviti-aktiviti lasak. Oleh itu dapatkan bekas simpanan atau beg kamera terbaik di pasaran yang menawarkan ciri tahan lasak seperti kalis air, tahan impak, kalis habuk dan sebagainya. Ia bukan sahaja boleh melindungi kamera digital anda, malah menjaga peralatannya juga.

2. Gunakan Filter UV - Cara ini baik untuk melindungi lensa kamera digital anda. Gunakan filter seperti Ultra Violet (UV) atau Skylight untuk melindunginya. Lagipun lebih murah untuk mendapatkan Filter berbanding anda perlu membeli lensa baru ia jika rosak.

3. Pelindung LCD - Ini satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh kita semua. Belum sampai seminggu pun kamera digital itu digunakan, skrin LCD sudah bercalar. Kos menggantikannya bukan murah, boleh menelan belanja kira-kira RM200. Oleh itu, ketika membeli kamera digital, pastikan anda turut membeli aksesori tambahan seperti pelindung skrin LCD untuk kamera digital anda. Terdapat pelbagai jenis yang boleh didapati di pasaran seperti jenis plastik, boleh terbuka atau jenis berpelekat.

4. Penjagaan Dalaman - Seperti mana bahagian luaran, bahagian dalaman kamera digital juga perlu dilindungi lebih-lebih lagi ketika anda berada di kawasan lembab atau berhabuk di mana ia mudah memasuki bahagian dalam kamera anda. Selain bekas (casing) khas, idea mudah untuk anda melindungi kamera digital adalah dengan menggunakan beg plastik. Pastikan ia diikat dengan kemas pada kamera digital menggunakan gelah getah atau sebagainya (murah dan praktikal).

5. Bersihkan Tangan - Mak selalu bising pada kita, basuh tangan sebelum makan. Begitu juga dengan kamera digital. Pastikan tangan anda sentiasa bersih untuk mengurangkan risiko lensa kotor, bercalar atau anda mungkin memindahkan kekotoran daripada tangan ke bahagian dalam lensa. Jika anda berada di pantai, pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum menggunakan kamera. Air masin tidak sesuai untuk kamera digital!

** Sumber dari Majalah PC.

No comments: