ASFON Negeri Sembilan

ASFON N.Sembilan telah bergiat di Negeri Sembilan sejak penubuhannya dirasmikan pada 15hb Januari 1984. Ianya wujud untuk mengumpulkan peminat-peminat fotografi bagi memudahkan ahli-ahli bertukar-tukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman fotografi. Disamping itu, ASFON N.S bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kewibawaan ahli-ahli dari aspek teori dan praktikal.

ASFON mengadakan kursus, ceramah, bengkel, pertandingan fotografi serta lawatan sambil belajar dan "Photographic Outing" untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli. Selain dari itu ASFON juga mengadakan beberapa kegiatan seperti JElajah Malaysia, Foto Safari dan lain-lain lagi.

ASFON N.S bukan sahaja dikenali di Negeri Sembilan, malah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan juga di beberapa Kementerian. ASFON N.S dijemput untuk mengadakan Kursus Fotografi dan menganjurkan pertandingan dan pameran di serata tempat.
Sehingga kini seramai 143 orang telah menjadi ahli ASFON N.S.

PEGAWAI DAN AJK ASFON 2009-2011

  • Penaung: YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad bin Hj Hassan
  • Penasihat 1: Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
  • Penasihat 2: Y. Bhg Dato' Hj Ishak bin Ismail
  • Yang Di Pertua: Tuan Hj Abdul Khalil bin Abdul Rahim
  • Naib Yang Dipertua: Tuan Hj Mohd Ariffin bin Bakar
  • Setiausaha : Tuan Hj Abdul Latif bin Hj Ghonah
  • Bendahari : En Zahari bin Zakaria
  • Pegawai Penerangan : En. Mohd Nazim bin Abdul Rahman
  • Ahli Jawatan Kuasa:
  • 1. Cik Latifah bt Idin
  • 2. En Nor Azli bin Mohd Yusof
  • 3. En. Mohd Faizal bin Mohd Sharif
  • 4. Norazimah bt Mustapha Kamal
  • 5. Tuan Syed Ariff bin Syed Loed
  • 6. En. Shaharuddin bin Hj Mohd Shariff
  • Pemeriksa Kira-Kira :
  • 1. En. Zulkefli Amin bin Jaafar
  • 2. En. Mohd Salleh bin Misdi

26 May 2008

Kad Ahli

0 comments
Perhatian kepada semua ahli ASFON N.S.

ASFON NS dalam proses mengemaskini kad keahlian. Sila hubungi Setiausaha.

09 May 2008

Pertandingan Malaysia Flora Fest

1 comments
Pertandingan Fotografi MALAYSIA FLORA FEST 2008 anjuran Tourism Malaysia sedang diadakan sekarang sehingga 30 May, 2008. Konsep tema ialah ‘Flora, Fauna & Landscape’. Hadiah-hadiah bernilai berjumlah RM50,000-00 disediakan oleh penganjur. Maklumat lanjut, syarat-syarat & terma-terma boleh didapati di sesawang http://www.malaysiaflorafest.com , http://www.motour.gov.my atau http://www.fujifilm.com.my

07 May 2008

Sejarah Fotografi

0 comments
Senifoto ialah lukisan melalui cahaya. Tanpa cahaya senifoto tidak akan berfungsi. Istilah Photography dicipta pada tahun 1839. Ketika teknologi senifoto terus berkembang bersama dengan kemajuan manusia, ilmu sangat penting bagi menjamin mutu kerja seorang senifoto (Photografer).
Dalam era teknologi, perkembangannya sangat ketara sekali apabila senifoto telah diadu kemajuan teknologi dan wujudnya adalah Kamera Digital yang diramalkan akan mengambil alih peranan senifoto tradisional (analog atau film).
Senifoto tradisional masih berkembang bersama dengan perkembangan teknologi. Senifoto tidak dapat dipisahkan dengan tradisi tradisionalnya. Jika perkembangan kamera digital masih belum diterima oleh masyarakat secara meluas, peralatan senifoto tradisional masih berkembang.
Kamera mulai diperkenalkan ketika para pelukis menghadapi masalah untuk merekam gambar (potrait) sekitar abad 17 dan 18. Justru itu mereka telah mencipta kamera Abscura untuk kemudahan merakam gambar.
Tahun 1900 seorang Jurugambar telah mencipta kamera Mammoth. Kamera ini amat besar ukurannya dimana beratnya 1,400 pound. Lens seberat 500 pound. Sewaktu mengubah atau memindahkannya tenaga manusia sebanyaki 15 orang diperlukan!. Kamera ini menggunakan filem sebesar 4 ½ x 8 kaki dengan bahan kimia sebanyak 10 gallons digunakan ketika memprosesnya.
Abscura telah disesuaikan sehingga terciptalah kamera Kodak oleh George Eastmen pada tahun 1888 yang memiliki bentuk lebih kecil. Pada zaman ini wujud kamera lebih kecil dan yang terkini ialah kamera digital.