ASFON Negeri Sembilan

ASFON N.Sembilan telah bergiat di Negeri Sembilan sejak penubuhannya dirasmikan pada 15hb Januari 1984. Ianya wujud untuk mengumpulkan peminat-peminat fotografi bagi memudahkan ahli-ahli bertukar-tukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman fotografi. Disamping itu, ASFON N.S bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kewibawaan ahli-ahli dari aspek teori dan praktikal.

ASFON mengadakan kursus, ceramah, bengkel, pertandingan fotografi serta lawatan sambil belajar dan "Photographic Outing" untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli. Selain dari itu ASFON juga mengadakan beberapa kegiatan seperti JElajah Malaysia, Foto Safari dan lain-lain lagi.

ASFON N.S bukan sahaja dikenali di Negeri Sembilan, malah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan juga di beberapa Kementerian. ASFON N.S dijemput untuk mengadakan Kursus Fotografi dan menganjurkan pertandingan dan pameran di serata tempat.
Sehingga kini seramai 143 orang telah menjadi ahli ASFON N.S.

PEGAWAI DAN AJK ASFON 2009-2011

  • Penaung: YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad bin Hj Hassan
  • Penasihat 1: Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
  • Penasihat 2: Y. Bhg Dato' Hj Ishak bin Ismail
  • Yang Di Pertua: Tuan Hj Abdul Khalil bin Abdul Rahim
  • Naib Yang Dipertua: Tuan Hj Mohd Ariffin bin Bakar
  • Setiausaha : Tuan Hj Abdul Latif bin Hj Ghonah
  • Bendahari : En Zahari bin Zakaria
  • Pegawai Penerangan : En. Mohd Nazim bin Abdul Rahman
  • Ahli Jawatan Kuasa:
  • 1. Cik Latifah bt Idin
  • 2. En Nor Azli bin Mohd Yusof
  • 3. En. Mohd Faizal bin Mohd Sharif
  • 4. Norazimah bt Mustapha Kamal
  • 5. Tuan Syed Ariff bin Syed Loed
  • 6. En. Shaharuddin bin Hj Mohd Shariff
  • Pemeriksa Kira-Kira :
  • 1. En. Zulkefli Amin bin Jaafar
  • 2. En. Mohd Salleh bin Misdi

05 May 2009

KURSUS FOTOGRAFI DI BANDING PERAK.

Satu kursus fotografi akan di adakan di Pulau Tali Kail Banding Perak pada 11hb -13hb Jun 2009. Bayaran kursus adalah RM300 sahaja. Pakej ini termasuk:-
1. Tambang dari Seremban ke Banding (Pergi/Balik)
2. Tambang bot dari Banding ke Pulau Tali Kail (Pergi/Balik)
3. Tambang Bot Lawatan sekitar Pulau Tali Kail
4. Penginapan
5. Makan dan Minum ( 6 x sehari)
6. Sewa Cadar.

Tarikh tutup penyertaan: 20hb Mei 2009 dengan menyertakan deposit RM100.
Baki hendaklah dijelaskan pada 11hb Jun 2009.
Tempat terhad kepada 20 peserta sahaja.
Pembatalan akan hilang wang deposit.

Untuk penyertaan sila emel, suara anda atau hubungi terus YDP Tuan Hj A. Khalil (012-6368937) atau S/Usaha Tuan Hj A. Latif bin Hj Ghonah (013-3547728)

Cadangan Aturcara:
11hb Jun 2009 (Khamis)

7:00 am : Berlepas dari Seremban
3:00 pm : Tiba di Banding dan naik bot ke Pulai Tali Kail
9:00 pm : Asas Fotografi (Ulangkaji)

12hb Jun 2009 (Jumaat)

8:30 am : Teknik gambar makro, landskap
11:00am : Parktikal mengikuti kumpulan
2:00 pm : Lawatan ke Kampung Orang Asli denga bot. Pengambaran pemandangan, flora dan lain-lain.
9:00 pm : Perbincangan dan tinjau hasil gambar

13hb Jun 2009 (Sabtu)
8:30 am : Asas Fotografi Digital
11:00am : Menaiki bot balik ke Jeti Banding.

No comments: