ASFON Negeri Sembilan

ASFON N.Sembilan telah bergiat di Negeri Sembilan sejak penubuhannya dirasmikan pada 15hb Januari 1984. Ianya wujud untuk mengumpulkan peminat-peminat fotografi bagi memudahkan ahli-ahli bertukar-tukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman fotografi. Disamping itu, ASFON N.S bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kewibawaan ahli-ahli dari aspek teori dan praktikal.

ASFON mengadakan kursus, ceramah, bengkel, pertandingan fotografi serta lawatan sambil belajar dan "Photographic Outing" untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli. Selain dari itu ASFON juga mengadakan beberapa kegiatan seperti JElajah Malaysia, Foto Safari dan lain-lain lagi.

ASFON N.S bukan sahaja dikenali di Negeri Sembilan, malah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan juga di beberapa Kementerian. ASFON N.S dijemput untuk mengadakan Kursus Fotografi dan menganjurkan pertandingan dan pameran di serata tempat.
Sehingga kini seramai 143 orang telah menjadi ahli ASFON N.S.

PEGAWAI DAN AJK ASFON 2009-2011

  • Penaung: YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad bin Hj Hassan
  • Penasihat 1: Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
  • Penasihat 2: Y. Bhg Dato' Hj Ishak bin Ismail
  • Yang Di Pertua: Tuan Hj Abdul Khalil bin Abdul Rahim
  • Naib Yang Dipertua: Tuan Hj Mohd Ariffin bin Bakar
  • Setiausaha : Tuan Hj Abdul Latif bin Hj Ghonah
  • Bendahari : En Zahari bin Zakaria
  • Pegawai Penerangan : En. Mohd Nazim bin Abdul Rahman
  • Ahli Jawatan Kuasa:
  • 1. Cik Latifah bt Idin
  • 2. En Nor Azli bin Mohd Yusof
  • 3. En. Mohd Faizal bin Mohd Sharif
  • 4. Norazimah bt Mustapha Kamal
  • 5. Tuan Syed Ariff bin Syed Loed
  • 6. En. Shaharuddin bin Hj Mohd Shariff
  • Pemeriksa Kira-Kira :
  • 1. En. Zulkefli Amin bin Jaafar
  • 2. En. Mohd Salleh bin Misdi

29 March 2009

TAHNIAH ASFON N.S!



Pertandingan Fotografi dan Sukan Tradisional sempena Ulangtahun ke 25 ASFON NS telah berjalan dengan lancar dan berjayanya hari ini bertempat di Perkarangan Muzium Negeri Sembilan bermula dari pukul 7:30 pagi hingga 1:30 ptg.

Seramai lebih dari 200 kehadiran para peserta dari berbagai jabatan, Sekolah, Persatuan dan juga pihak individu datang untuk menyertai Pertandingan Fotografi dan juga mengambil bahagian dalam pertandingan sukan tradisional seperti Tarik Upih, Kukur Kelapa, Anyam Ketupat, Boling Kelapa dan Acara Semakin Jauh Semakin Sayang.

Selari dengan Ulangtahun ASFON NS yang ke 25 ini, Negeri Sembilan julung-julung kali menyaksikan himpunan 180 orang jurugambar dengan ghairah merakamkan acara-acara permainan tradisional dan Sukan Rakyat sebagai bahan Pertandingan Fotografi. Ini merupakan satu sejarah yang ditempa di mana bilangan jurugambar yang begitu ramai berhimpun di Perkarangan Muzium Negeri. Hadiah Pertandingan Fotografi adalah sumbangan Jabatan Warisan Negera.

Selain dari pertandingan, berbagai Permainan Tradisional di pertunjukkan. Antara Permainan di dipertunjukkan adalah congkak, sepak raga bulatan, tating lawi, galah panjang, Batu Seremban, Dam Melayu, Laga Ayam, Pukul Goppong, Ketenteng, Katok Keli dan Gunjai. Sekali gus Permainan-permainan ini mencetuskan kesedaran kepada generasi muda tentang warga masyarakat kampung waktu silam mengisi masa lapang selepas mengerjakan tugasan harian. Diharap acara-acara berikut akan di amalkan sebagai cara tahunan ASFON NS.

Sambutan yang amat memberangsangkan diberikan oleh para-para jurugambar dalam merakamkan detik-detik permaian yang sedang di jalankan..... Terima kasih Semua!

Sekalung Penghargaan juga diucapkan kapada rakan-rakan dari ASFON Perak, ASFON Melaka yang datang ke Negeri Sembilan semata-mata ingin meraikan Ulang Tahun ke 25 ASFON NS dan juga mengambil bahagian dalam mengambil foto sepanjang pertandingan dan Demotrasi Permainan Tradisional dijalankan.

Terima kasih juga diucapkan kepada pada pelajar IKBN Peretak yang datang satu bas... tahniah di ucapkan...

Kepada guru-guru pengiring dari sekolah-sekolah menengah di sekitar Seremban juga diucapkan terima kasih kerana membawa pelajar-pelajar dari Kelab Fotografi Sekolah.

Kepada semua urusetia, PEWARIS, Majlis Perbandaran Seremban,Jabatan Kebudayaan dan Kesenian N.S, Lembaga Muzium Negeri Sembilan, terutama kepada Jabatan Warisan Negara terima kasih daun keladi....

Kepada Individu tang terlibat sacara langsung atau tidak langsung Sekalung Pengharagaan juga diucapkan,

SEKIAN...... SELAMAT MENYAMBUT JUBLI PERAK ASFON N.S...........

No comments: