ASFON Negeri Sembilan
ASFON N.Sembilan telah bergiat di Negeri Sembilan sejak penubuhannya dirasmikan pada 15hb Januari 1984. Ianya wujud untuk mengumpulkan peminat-peminat fotografi bagi memudahkan ahli-ahli bertukar-tukar fikiran, maklumat dan berkongsi pengalaman fotografi. Disamping itu, ASFON N.S bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kewibawaan ahli-ahli dari aspek teori dan praktikal.
ASFON mengadakan kursus, ceramah, bengkel, pertandingan fotografi serta lawatan sambil belajar dan "Photographic Outing" untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli. Selain dari itu ASFON juga mengadakan beberapa kegiatan seperti JElajah Malaysia, Foto Safari dan lain-lain lagi.
ASFON N.S bukan sahaja dikenali di Negeri Sembilan, malah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan juga di beberapa Kementerian. ASFON N.S dijemput untuk mengadakan Kursus Fotografi dan menganjurkan pertandingan dan pameran di serata tempat.
Sehingga kini seramai 143 orang telah menjadi ahli ASFON N.S.
ASFON mengadakan kursus, ceramah, bengkel, pertandingan fotografi serta lawatan sambil belajar dan "Photographic Outing" untuk meningkatkan pengetahuan ahli-ahli. Selain dari itu ASFON juga mengadakan beberapa kegiatan seperti JElajah Malaysia, Foto Safari dan lain-lain lagi.
ASFON N.S bukan sahaja dikenali di Negeri Sembilan, malah di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan juga di beberapa Kementerian. ASFON N.S dijemput untuk mengadakan Kursus Fotografi dan menganjurkan pertandingan dan pameran di serata tempat.
Sehingga kini seramai 143 orang telah menjadi ahli ASFON N.S.
PEGAWAI DAN AJK ASFON 2009-2011
- Penaung: YAB Dato' Seri Utama Hj Mohammad bin Hj Hassan
- Penasihat 1: Y.B Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim
- Penasihat 2: Y. Bhg Dato' Hj Ishak bin Ismail
- Yang Di Pertua: Tuan Hj Abdul Khalil bin Abdul Rahim
- Naib Yang Dipertua: Tuan Hj Mohd Ariffin bin Bakar
- Setiausaha : Tuan Hj Abdul Latif bin Hj Ghonah
- Bendahari : En Zahari bin Zakaria
- Pegawai Penerangan : En. Mohd Nazim bin Abdul Rahman
- Ahli Jawatan Kuasa:
- 1. Cik Latifah bt Idin
- 2. En Nor Azli bin Mohd Yusof
- 3. En. Mohd Faizal bin Mohd Sharif
- 4. Norazimah bt Mustapha Kamal
- 5. Tuan Syed Ariff bin Syed Loed
- 6. En. Shaharuddin bin Hj Mohd Shariff
- Pemeriksa Kira-Kira :
- 1. En. Zulkefli Amin bin Jaafar
- 2. En. Mohd Salleh bin Misdi
13 November 2009
KURSUS FOTOGRAFI DI PORT DICKSON
Kursus Fotografi di Golden Straits Villa dari 30hb Oktober 2009 hingga 1hb November 2009 telah berjaya di jalankan.Gambar dan laporan akan di masukkan di sini nanti... Diharap mendapat kerjasama kepada sesiapa yang mempunyai gambar semasa kursus ini untuk menghantarnya kepada admin asfon untuk di masukkan ke dalam blog ini... Email gambar ke asfon.ns@gmail.com. T.Kasih.
23 August 2009
P.Dickson Outing 22 Aug 2009 - Photos by Faizal Sharif
Group photo outing to P.Dickson
Budak cina darjah 5 ni bijak dan fasih B.Malaysia walaupun bersekolah cina di Pengkalan Kempas, N.Sembilan. Beliau sedang memancing udang di jeti Sungai Linggi
Budak2 Kafa sedang berehat selepas mengaji Al-Quran di masjid tua di pekan P.Dickson.
"Satu Malaysia" itulah kata2 beliau yang sudah berusia 79 tahun namun beliau masih kuat membuat kerja nelayan di Balai Kuala Lukut N.Sembilan.
20 August 2009
Hand Phone Al-Quran
Telefon bimbit Al-Quran
MyIman D818
Bacaan 30 juzuk
Paparan teks bewarna seiring bacaan
terjemahan Bahasa Melayu, Inggeris, Indonesia dll
11 kitab hadith matan
terjemahan sahih muslim (indonesia)
terjemahan Al-Bayan (Bahasa Malaysia)
Tafsiran Al Jalalain (Arab, Inggeris & Indonesia)
Waktu Solat, Azan dan kiblat
Ciri Telefon:
Dual Band GSM 900, DCS 1800
2 kad sim aktif, SMS, MMS, GPRS dan Internet
skrin sentuh 2.2" TFT LCD, 262K warna
Kamera 1.3Mpixel & Perakam Radio
Memori Eksternal T-Flash 2GB
MP3, MP4, Radio FM dan Blootooth
11 August 2009
Pengusaha kecilan atap nipah di Kuala Pilah - Foto-foto dari Faizal Sharif
Dalam perjalanan saya dan nazim ke Kuala Pilah terserempak pakcik tua tengah berbongkok membuat sesuatu. Nazim berhenti kan kereta untuk merakamkan sesuatu yang dah lama kami tidak lihat iaitu pembuatan atap nipah. Pakcik Daud atau lebih dikenali Dukun Daud berumur lebih kurang 85 tahun (seperti papan tanda dihadapan rumahnya) tinggal berseorangan dirumah usang tersebut sedang membuat atap nipah yang dijualnya RM7 sekeping.
Dilihat beliau begitu mahir sekali dgn kerja2 beliau. Hampir 1 jam kami melihat dan berbual2 dengannya sambil saya dan nazim merakamkan foto2 dari pelbagai sudut.
05 August 2009
Stesen Keretapi Bahau - Foto-foto dari Faizal Sharif
29 July 2009
JAMUAN TENGAHARI BERSAMA DATO' SERI UTAMA DR RAIS YATIM (Foto-foto dari Faizal Sharif)
Subscribe to:
Posts (Atom)